Tak kenal maka tak cinta. Siapa yang kenal drupal? Bagaimana hendak cintakan drupal jika nama drupal pun tak pernah didengari atau tak pernah diceritakan oleh peminat-peminat drupal sendiri. Nampak seakan-akan drupal fans ni low profile.
CMS. Bila disebut, ramai orang akan memilih Joomla. Penulis yang memulakan tugas ber'CMS' ini dengan sistem Mambo sekitar awal tahun 2003 amat tertarik dengan kaedah CMS yang memudahkan kerja-kerja pengemaskinian halaman web yang mana tidak lagi diserahkan bulat-bulat kepada para 'programmer'. Pengalaman menggunakan CMS ini di laman web Fakulti Teknologi Maklumat, UUM dan kemudiannya ia menjadi rentetan kepada penggunaan CMS di seluruh Universiti Utara Malaysia.
Nama drupal kemudian penulis kenali melalui pengalaman berjinak-jinak dengan FreeBSD sejak tahun 2005. Sehingga 2009 barulah penulis mencuba drupal untuk projek Kepala Batas dot Net. Tahun 2010 menjadi lembaran baru apabila drupal dijadikan platform kajian dalam thesis penulis. Hadiahnya untuk permulaan kajian ini, drupal akan dijadikan official portal untuk Computer Science Department, UiTM Kedah. Penulis berharap kajian yang akan berakhir pada Oktober 2010 akan memberi manfaat kepada seluruh warga universiti tempatan kita dengan mengetengahkan drupal berserta dengan modul-modulnya.
Penulis ingin menarik minat semua fans drupal di Malaysia untuk memberi sokongan dalam usaha mengetengahkan drupal ini. Pelbagai cara boleh dilakukan. Salah satunya drupal dapat dijadikan landasan bagi membantu pelajar-pelajar di universiti untuk cenderong dalam bidang pengaturcaraan. Harapan penulis bukan semata-mata drupal dikenali dan diguna pakai di seluruh Malaysia tetapi menjadi satu platform pengaturcaraan yang sesuai dengan pengaturcara-pengaturcara junior yang sedang diasah bakat mereka di universiti.
Penulis tiada impian untuk berlumba-lumba menjadikan drupal nombor satu di malaysia dari sudut guna pakai. Penulis hanya berminat dengan rangka-arkitek drupal yang amat menarik dan mudah dengan susuan programming yang cantik yang telah terkandung dalam sistem drupal itu sendiri. Dengan ini penulis telah mengenggam impian supaya anak didiknya akan bermula dengan idea-idea baru yang boleh diketengahkan melalui inovasi-inovasi yang boleh dihasilkan melalui drupal. Paling tidak, UiTM Kedah yang menakhodakan Batik Merbok dapat menghasilkan 'themes' drupal yang menarik melalui nukilan dalam bidang seni. Itu hanyalah perkara kecil yang sudah tentu amat mudah dilakukan oleh pelajar-pelajar di UiTM Kedah. Itu hanya kerja kursus asas untuk memulakan pengaturcaraan dan multimedia di universiti. Iltizam sebenarnya untuk melahirkan lebih ramai 'contributor' pada seluruh rangka-arkitek drupal, policy, module dan sebagainya. Seterusnya menjadi pusat atau unit latihan untuk pembangunan drupal. Ia tak lain dan tak bukan supaya programmer-programmer junior yang diasuh di sini menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Ramai berpendapat inovasi-inovasi di bidang open source ini kurang komersial disebabkan open source itu sendiri 'free-of-charge'. Tetapi di sebalik itu khidmat nasihat dan rundingan serta latihan merupakan servis air liur yang boleh menjana pendapatan pakar-pakar open source itu sendiri. Timbang-timbangkan lah wahai fans drupal Malaysia. Dengan ini, penulis bersetuju untuk menyertai drupal Malaysia pada hari ini. Jumaat 12hb Februari 2010. Selamat berkenalan.
Shahadan Bin Saad,
Pensyarah Jabatan Sains Komputer,
UiTM Kedah,
Malaysia.
Catatan - Hasiltangan dalam drupal setakat ini.
Prototype Kepala Batas dot Net - www.kepalabatas.net
Prototype CS Portal - http://cskedah.uitm.edu.my
Comments
Drupal mengancam teori pengaturcaraan
Disklemer: Saya bermula dengan PHP dan Drupal kira-kira 3 tahun yang lalu. Saya mengaturcara lebih lama dengan C/C++/C#. Secara realitinya Drupal berada dilandasan yang memberikan hasil kepadanya.
Drupal dibangunkan oleh programer-programer kasual. Maka, banyak langkah yang diambil oleh programer Drupal tidak menepati kehendak teori pengaturcaraan seperti yang diajarkan di universiti. Antara contohnya, dari segi bahasa pengaturcaraan, Drupal tidak diasaskan dengan orentasi objek (OO) walau pun PHP bersedia dengan OO. Malah Drupal 7 juga tidak akan menuju kearah itu. Namun demikian Drupal mempunyai hujahnya yang tersendiri. Satu lagi contoh ialah Drupal mem-abstak-kan perkara yang sudah abstrak iaitu dengan mengenengahkan CCK dan Views untuk memudahkan non-programer membuat dan menguruskan rekod. Itu hanya akan melembabkan sistem Drupal. Rekod sepatutnya diolah and disimpan terus didalam pangkalan data. Hal-hal yang berkaitan dengan rekod sepatutnya diserahkan kepada programer.
Namun demikian, Drupal mempunyai kekuatan dari sudut yang lain. Drupal membangun dengan subsistem yang terurus. Dibelakang tabir, Drupal mempunyai sistem kawalan akses yang jitu dengan modul pengguna, 'permission' dan 'logging'. Drupal juga memudahkan penggunaan pangkalan data. Dihadapan pula, Drupal mempunyai sistem pengurusan 'menu', 'form', 'table', dan 'pager' yang memudahkan pembangunan modul. Sistem 'hadapan' itulah yang memberikan Drupal kekuatan untuk berkembang.
Drupal itu sendiri adalah kerangka aplikasi web (web application framework). Kita boleh menukar Drupal daripada CMS kepada aplikasi kita sendiri dengan memasukkan modul-modul yang kita bangunkan sendiri. Yang menjadikan Drupal itu CMS ialah 'node'. Kita tidak perlu menggunakan 'node' untuk menggunakan Drupal. Di masa hadapan Drupal akan menjadi lebih daripada CMS.
"Bolehkah drupal dijadikan model pelajaran bakal programmer?"
Drupal akan memberikan cabaran kepada programer baru. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada Drupal. Saya mengesyorkannya.
@chelahmy facebook/chelahmy
Tahniah
Salam ...
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan minat yang tinggi terhadap drupal. Sesungguhnya, Drupal memang amat popular di university dan library especially di university antarabangsa. Lihat http://buytaert.net/many-universities-use-drupal. Antara pelbagai fungsi Drupal, perkara yang penting ialah funsgi multi-sites yang amat sesuai untuk university.
Syarikat kami ada menerima request for proposal, untuk salah satu universiti tempatan terkemuka (tidak perlu disebut namanya), malangnya our proposal was not selected because of centain reason, which probably nothing to do with Drupal. Tetapi, telah banyak yang saya pelajari mengenai requirement untuk portal university terutamanya mengenai requirement untuk mencapai ranking yang lebih baik dalam Webometric - www.webometrics.info dan multisites untuk cawangsan, jabatan/faculty, persatuan, penceramah dsb.
Jika En. Shahadan berpeluang datang ke KL hujung bulan nih, bagus juga kalau datang ke :
MSC MALAYSIA OPEN SOURCE CONFERENCE 2010
Date: 29 June - 1 July, 2010
Venue: Berjaya Times Square
Saya akan memberi talk pasal Drupal performance . http://conf.oss.my/brochure.pdf
Harap teruskan minat dan sokongan terhadap drupal & drupal.my !
- Najib Habeb
Israk Technology Sdn. Bhd.
------------
najibx
xWeb : Drupal web solutions